AURAT WANITA
Alhamdulillah, untuk artikel kali ini, MHZ ingin berkongsi mengenai aurat yang mana satu perkara yang amat besar tapi tidak dilihat sebagai satu perkara yang serius oleh masyarakat kita pada hari ini. Beberapa persoalan mengenai aurat yang menjadi kemusykilan kita semua akan diterangkan dengan lebih terperinci. Artikel ini diambil dari blog saudara kita untuk kita kongsi bersama. Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan...
InsyaAllah...
Dalam Mazhab Imam Syafie yang digunapakai di Malaysia dan merata dunia aurat bagi seseorang perempuan ketika waktu biasa ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya sahaja berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan
(i) mata mereka (dari memandang yang haram)
(ii) dan memelihara anggota-anggota kelamin mereka,
(iii) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka melainkan mana-mana bahagian yang
ternampak darinya sahaja (muka dan kedua tangan sahaja),
(iv) dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan kain kelubung (kain tudung/jilbab) mereka,
(v) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka melainkan kepada:
(i) suami mereka
(ii) atau bapa mereka
(iii) atau bapa mertua mereka
(iv) atau anak-anak mereka
(v) atau anak-anak tiri mereka
(vi) atau saudara-saudara mereka
(vii) atau anak-anak kepada saudara-saudara lelaki mereka
(viii) atau anak-anak kepada saudara-saudara perempuan mereka
(ix) atau perempuan-perempuan Islam sesama mereka
(x) atau hamba-hamba yang dimiliki mereka
(xi) atau pembantu rumah lelaki yang tidak mempunyai keinginan
(xii) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan,
(vi) dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka (dengan tujuan) supaya diketahui orang perhiasan yang
disembunyikan mereka,
(vii) dan hendaklah kamu sekalian bertaubat kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
mendapat kejayaan."
Dikira aurat juga kerana ia tidak tersenarai dalam kategori di atas.
Malah dalam satu hadith riwayat al-Baihaqi dan Abu Daud diceritakan daripada Aisyah r.a. bahawa Baginda bersabda kepada Asma' binti Abu Bakar (adik Aisyah dan merupakan adik ipar kepada Baginda ketika Asma' mula-mula baligh): " Wahai Asma', sesungguhnya wanita itu apabila sudah baligh (keluar haid) maka tidak wajar lagi dia memperlihatkan dirinya (aurat) melainkan ini (muka) dan ini (kedua tapak tangan)".
Ayat di atas adalah terlalu umum maka para ulama' memperincikannya supaya umat Islam terutamanya orang awam tidak terkeliru dalam hal ini:
(a) Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya "Fatawa Mu'asoroh" (Fatwa Semasa) telah menyebut bahawa sekiranya seseorang wanita itu menjadi kesukaran dan kesulitan baginya untuk menutup aurat apabila berhadapan dengan bapa saudaranya atau anak saudaranya yang lelaki misalnya ketika membasuh pinggan mangkuk dengan terpaksa membuka aurat lengannya, atau menyusahkan untuk memakai stokin setiap masa atau bertudung setiap masa dalam rumah maka tidak menjadi halangan untuknya membuka aurat yang ringan-ringan sahaja seperti leher, rambut, lengan dan betis. Aurat yang lain tidak dibenarkan sama sekali. Itupun dengan sebab KESUKARAN dan KESULITAN.
TETAPI
Apabila bapa saudara atau anak saudara lelaki sebaya atau hampir baya dengannya maka haram dia membuka aurat walaupun aurat tersebut ringan (seperti yang disebut di atas) kerana mengelakkan FITNAH.
Begitu juga hukumnya dengan anak tiri sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Qurtubi dan lain-lain ulamak Islam. Iaitu apabila wanita berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah mempunyai anak lelaki yang sebaya atau hampir sebaya dengan wanita tersebut maka hukumnya haram membuka aurat untuk mengelakkan FITNAH.
Dalam masalah yang sama wajib bagi wanita menutup aurat apabila bapa saudaranya datang bertamu dengan membawa anak-anaknya yang sudah baligh kerana anak-anaknya itu dikira sepupu yang sudah menjadi AJNABI (orang asing) dengan wanita tersebut.
Anda boleh merujuk kepada Surah al-Nur ayat 60 yang bermaksud:
"Dan perempuan-perempuan tua yang sudah putus haid dan tidak mengharapkan untuk berkahwin lagi (tiada nafsu kahwin) tiadalah mereka berdosa membuka pakaiannya dengan tidak berhias namun memelihara kehormatan adalah lebih baik baginya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya "Fatawa al-Nisa'" memperincikan bahawa ayat tersebut merupakan (rukhsah) keringanan kepada perempuan-perempuan tua yang berpangkat nenek yang sudah tidak kisah tentang hidupnya dan tidak ada nafsu untuk bernikah maka bolehlah mereka tidak menutup aurat seperti biasa. Dia diberi keringanan untuk tidak memakai jilbab dan menutup aurat. Begitu juga hukumnya dengan lelaki yang sudah tua.
Mengikut Jumhur Ulama' (Ulama' dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie) seperti yang dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu Jld 1 batasan aurat perempuan muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh tubuhnya kecuali yang terdedah ketika melakukan pekerjaan harian.
Suara perempuan menurut pendapat Jumhur Ulama' (ramai ulama') tidak dikira sebagai aurat kerana para sahabat mendengar suara isteri- isteri Nabi Muhammad s.a.w untuk mempelajari hukum-hukum agama.Tetapi diharamkan mendengar suaranya yang berbentuk lagu dan irama sekalipun bacaan al-Quran kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.
Hal ini boleh dirujuk dalam Kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu Jilid 1.
Oleh itu boleh dibuat kesimpulan bahawa:
(i) suara perempuan menjadi aurat apabila ianya dilagukan samada dengan nyanyian atau sekalipun bacaan
al-Quran di hadapan lelaki yang ajnabi.
(ii) Suara perempuan menjadi aurat apabila ianya bernada menggoda dan terlalu lemah lembut (sehingga
mencairkan hati lelaki) berdasarkan firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud:
"Wahai isteri-isteri Nabi, kalian bukanlah sama dengan wanita-wanita yang lain, jika kalian bertaqwa kepada Allah. Maka janganlah kalian terlalu lemah lembut (mengucapkan) perkataan, nanti orang-orang (lelaki) yang ada di dalam hati mereka penyakit (orang munafik) akan menaruh keinginan kepada kalian dan katakanlah perkataan yang baik (dalam keadaan biasa)."
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:
"Dan (wahai isteri-isteri Nabi) tinggallah kamu dalam rumah-rumah kamu dan janganlah kamu mendedahkan diri berhias dengan perhiasan jahiliyyah dahulu..".
Imam Abul A'la al-Maududi dalam mentafsirkan perhiasan jahiliyyah dalam ayat tersebut telah memperincikannya iaitu, perhiasan ala jahiliyyah ialah:
(i) Mendedahkan kepada lelaki ajnabi kecantikan mukanya dan daya tarikan tubuh badannya:
(a) termasuklah dengan solekan/make-up yang berlebihan sehingga menjadi fitnah kepada kaum lelaki, mencukur
bulu kening, mewarnakan rambut dengan pewarna untuk dipertontonkan kepada orang ramai bukan untuk
suaminya, memakai rambut palsu, mewarnakan kuku dan yang seumpama dengannya.
(b) termasuklah memakai pakaian yang ketat, belah sana-sini, seksi dan terlalu nipis.
(ii) Mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya serta haruman yang dipakainya.
(a) termasuklah memakai pakaian yang "agak mengancam" sememangnya untuk menarik perhatian terutamanya
kaum lelaki.
(b) termasuklah menunjukkan perhiasannya (dengan niat yang tidak baik) seperti memakai loceng kaki kerana
dalam sepotong ayat al-Quran dinyatakan: "Dan janganlah mereka (sengaja) menghentak-hentakkan kaki-kaki
mereka supaya diketahui apa yang mereka selindungkan daripada perhiasan mereka".
(c) termasuklah memakai minyak-minyak wangi yang harum juga dilarang keras kepada wanita kerana ia
merupakan faktor yang boleh menarik perhatian lelaki yang ajnabi. Malah Baginda Rasulullah pernah
membandingkan wanita yang memakai minyak wangi yang harum di luar rumah sama seperti para pelacur
sebagaimana hadithnya: "Sesungguhnya wanita itu apabila ia memakai minyak wangi yang harum kemudian
melalui depan orang ramai supaya mereka menghidu keharumannya itu maka wanita tersebut adalah pelacur".
(iii) Lenggang-lenggok semasa berjalan.
Islam tidak melarang itu semua sekiranya ianya dilakukan di hadapan suaminya dalam rumahnya sahaja.
Salah satu faktornya ialah pendedahan aurat. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menyebut:
"Wahai perempuan-perempuan, bersedeqahlah kamu kerana sesungguhnya aku telah melihat kebanyakan ahli neraka adalah golongan kamu semua (semasa peristiwa Isra' dan Mi'raj)."
Malah wanita juga merupakan senjata kepada syaitan dalam melemahkan kekuatan iman umat ini berdasarkan hadith Nabi riwayat al-Tarmizi iaitu:
"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat (sesuatu yang perlu dipelihara dan dijaga dengan baik) keseluruhannya. Apabila ia keluar (daripada tempat kediamannya) maka para syaitan akan memuliakannya (mengiringinya dan mempergunakannya untuk menyesat manusia lain)."
Islam mengkategorikan wanita yang memakai pakaian tetapi masih belum sempurna menutup auratnya sebagai wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Ini jelas daripada hadith Nabi riwayat Muslim iaitu: "(Ahli neraka antaranya terdiri daripada) wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang".
(i) Kelemahan iman dalam menerima dan menghayati ajaran Islam sepenuhnya.
(ii) Jahil terhadap suruhan dan larangan agama.
(iii) Kedegilan dan keras kepala dalam mematuhi ajaran agama.
(iv) Permainan media yang mempamerkan fesyen yang haram.
(v) Perangai suka meniru yang tidak baik terutamanya daripada Barat.
vi) Kelemahan kerajaan yang ada dalam melaksanakan tuntutan Islam.
Assalamualaikum..syukran ngan info nie ea..tambahkn lg isu2 agama untk rujukan ana n rakan2,insyaAllah..tq
ReplyDeleteWsalam....insyaAllah
ReplyDelete