Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua
'Murid 2 = ' Guru
'Murid 3 = ' Teman
'Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Perkara yang paling dekat dengan diri kita ialah MATI. Ini merupakan salah satu daripada pesanan Imam Al-Ghazali. Kita semua sedia maklum bahawa mati merupakan perkara yang pasti dan pasti akan berlaku dan tidak ada seorang pun yang akan terlepas. Semuanya sudah ditetapkan, hanya menunggu masanya sahaja.
Tetapi, bagaimana dengan persediaan kita untuk menghadapinya?
Hari ini kita berjaga malam untuk mentelaah semata-mata kerana exam hanya seminggu sahaja lagi sehinggakan masa bermain kita juga dikurangkan. Begitu sekali persiapan kita untuk menghadapi exam sedangkan perkara tersebut belum pasti akan berlaku. Walaupun jadual exam telah dikeluarkan, namun bila-bila masa sahaja ia boleh ditunda atau dibatalkan...tapi persiapan kita lebih dari segala-galanya kerana kita tahu akibatnya jika gagal dalam exam terbebut...exam ini akan menentukan masa depan kita...
EXAM AKHIRAT???
Bagaimana pula dengan yang ini? Exam yang pasti dan pasti akan berlaku, tarikh examnya pula adalah rahsia...maknanya, bila-bila masa sahaja ia akan diadakan tanpa pengetahuan kita...ia juga tepat pada masa yang telah ditetapkan dan tidak akan ditunda walaupun sesaat apatah lagi dibatalkan...adakah kita sudah buat persediaan? Adakah kita berjaga malam sebagai persiapan untuk menghadapi exam ini? Adakah masa bermain kita dikurangkan untuk memberi tumpuan terhadap exam ini? Mengapa tidak. Exam ini lebih penting, ia menentukan kehidupan kita buat SELAMA-LAMANYA...
"Baiklah pelajar-pelajar sekalian, exam final kita akan diadakan pada bila-bila
masa sahaja mulai sekarang. Diharap semua dapat buat yang terbaik. Ingat, ini adalah
masa depan kamu. Saya doakan kamu semua berjaya..."
Bagaimana agaknya jika guru-guru kita berkata begini? Pasti semua pelajar akan buat persiapan setiap hari kerana kuatir exam akan diakan esok harinya...
Begitulah juga dengan kematian kita. Seharusnya kita membuat persiapan setiap hari kerana kuatir mati akan menjemput kita pada bila-bila masa...Jadi ayuh kita fikir-fikirkan...
No comments:
Post a Comment