MHZ kali ini ingin berkongsi mengenai sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat2 Allah yang telah dianugerahkan kepada kita...
kepada pembaca2 sekalian,
sebelum anda meneruskan pembacaan ini, sewajarnya terlebih dahulu anda memanjatkan syukur kehadrat Allah swt atas nikmat MATA yang dikurniakan kepada diri anda...yakinlah, sesungguhnya tanpa nikmat mata ini, sudah pasti anda tidak dapat membuka laman ini.... ALHAMDULILLAH...
sebelum anda menggerakkan "cursor" anda, sewajarnya terlebih dahulu anda memanjatkan syukur kehadrat Allah swt atas nikmat TANGAN yang dikurniakan kepada diri anda...ALHAMDULILLAH...
Subhanallah, di mana2 saja semuanya ada nikmat Allah swt...persoalannya, adakah kita sedar akan semua ini? pernahkah kita terfikir bahawa setiap masa kita bergantung kepada nikmat Allah swt...udara, air, semua adalah nikmat dari Allah swt dan bukan semua orang dapat nikmat ini...hari ini Alhamdulillah kita masih dapat tapi bagaimana hari esok?
Usah dihitung nikmat2 Allah ini kerana walaupun kita kumpul semua pokok2 di dunia ini untuk dijadikan pena dan seluruh air laut ini dijadikan dakwatnya, nikmat Allah swt masih belum dapat habis ditulis... begitu banyak sekali nikmat Allah kepada kita...
cuba anda lihat anggota badan anda....adakah sempurna? YA atau TIDAK itu tidak penting, apa yang penting kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada pada kita...ingatlah, masih ada saudara2 kita yang lain yang ditakdirkan kurang berbanding kita...
Bagaimana hendak bersyukur dengan nikmat2 ini?
caranya dengan memanfaatkannya ke jalan yang betul...
nikmat MATA...Gunalah ia untuk melihat kebesaran Allah swt
nikmat MULUT...Gunalah ia untuk bercakap tentang kehebatan Allah swt
nikmat TELINGA...Gunalah ia untuk mendengar perkara2 yang membesarkan Allah swt
nikmat KAKI...Gunalah ia untuk menuju ke majlis2 ilmu dan rumah2 Allah swt
Renungkan kata2 ini :
Ya Allah!
MATA ini sentiasa melihat perkara2 maksiat Ya Allah!
MULUT ini selalu bercakap perkara yang tidak elok Ya Allah!
TELINGA ini sering kali mendengar perkara yang bukan2 Ya Allah!
KAKI ini kerap menuju ke tempat2 maksiat Ya Allah!
ke manakah tempat kita di akhirat nanti sekiranya begini keadaanya?
[ semuanya dengan rahmat Allah swt ]
Oleh itu, ayuh kita sama2 bersyukur...ingatlah, nikmat2 ini Allah boleh tarik pada bila2 masa saja tanpa pengetahuan kita semua...oleh itu berusahalah sebelum Allah mengambilnya kembali agar nikmat2 ini akan menjadi saksi kepada amalan baik kita semua...insyaAllah..
banyak lagi perkara2 mengenai kesyukuran kita terhadap nikmat2 Allah...
tapi untuk kali ini, MHZ rasa cukup sekadar ini dulu...
jika ada sebarang kesilapan dalam artikel2 yg MHZ paparkan, mohon semua untuk maklumkan kerana MHZ juga masih dalam proses pembelajaran...
No comments:
Post a Comment