Monday, January 31, 2011

Syukur

Assalamualaikum...

MHZ kali ini ingin berkongsi mengenai sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat2 Allah yang telah dianugerahkan kepada kita...

kepada pembaca2 sekalian,

sebelum anda meneruskan pembacaan ini, sewajarnya terlebih dahulu anda memanjatkan syukur kehadrat Allah swt atas nikmat MATA yang dikurniakan kepada diri anda...yakinlah, sesungguhnya tanpa nikmat mata ini, sudah pasti anda tidak dapat membuka laman ini.... ALHAMDULILLAH...

sebelum anda menggerakkan "cursor" anda, sewajarnya terlebih dahulu anda memanjatkan syukur kehadrat Allah swt atas nikmat TANGAN yang dikurniakan kepada diri anda...ALHAMDULILLAH...

Subhanallah, di mana2 saja semuanya ada nikmat Allah swt...persoalannya, adakah kita sedar akan semua ini? pernahkah kita terfikir bahawa setiap masa kita bergantung kepada nikmat Allah swt...udara, air, semua adalah nikmat dari Allah swt dan bukan semua orang dapat nikmat ini...hari ini Alhamdulillah kita masih dapat tapi bagaimana hari esok?

Usah dihitung nikmat2 Allah ini kerana walaupun kita kumpul semua pokok2 di dunia ini untuk dijadikan pena dan seluruh air laut ini dijadikan dakwatnya, nikmat Allah swt masih belum dapat habis ditulis... begitu banyak sekali nikmat Allah kepada kita...

cuba anda lihat anggota badan anda....adakah sempurna? YA atau TIDAK itu tidak penting, apa yang penting kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada pada kita...ingatlah, masih ada saudara2 kita yang lain yang ditakdirkan kurang berbanding kita...

Bagaimana hendak bersyukur dengan nikmat2 ini?

caranya dengan memanfaatkannya ke jalan yang betul...

nikmat MATA...Gunalah ia untuk melihat kebesaran Allah swt
nikmat MULUT...Gunalah ia untuk bercakap tentang kehebatan Allah swt
nikmat TELINGA...Gunalah ia untuk mendengar perkara2 yang membesarkan Allah swt
nikmat KAKI...Gunalah ia untuk menuju ke majlis2 ilmu dan rumah2 Allah swt

Renungkan kata2 ini :

Ya Allah!
MATA ini sentiasa melihat perkara2 maksiat Ya Allah!
MULUT ini selalu bercakap perkara yang tidak elok Ya Allah!
TELINGA ini sering kali mendengar perkara yang bukan2 Ya Allah!
KAKI ini kerap menuju ke tempat2 maksiat Ya Allah!

ke manakah tempat kita di akhirat nanti sekiranya begini keadaanya?
[ semuanya dengan rahmat Allah swt ]


Oleh itu, ayuh kita sama2 bersyukur...ingatlah, nikmat2 ini Allah boleh tarik pada bila2 masa saja tanpa pengetahuan kita semua...oleh itu berusahalah sebelum Allah mengambilnya kembali agar nikmat2 ini akan menjadi saksi kepada amalan baik kita semua...insyaAllah..

banyak lagi perkara2 mengenai kesyukuran kita terhadap nikmat2 Allah...
tapi untuk kali ini, MHZ rasa cukup sekadar ini dulu...
jika ada sebarang kesilapan dalam artikel2 yg MHZ paparkan, mohon semua untuk maklumkan kerana MHZ juga masih dalam proses pembelajaran...

Tuesday, January 25, 2011

"Ayah...pulangkan balik tangan Ita..." rintihan si kecil......

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya...

                                                   
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu kerana penyesalan selepas melakukan sudah tidak berguna......... 

Wednesday, January 19, 2011

5 perkara yg dicintai manusia

1) Cinta kepada dunia dan lupa kepada akhirat
Ramai manusia pada hari ini terlalu mencintai kehidupan dunia. Mereka sangat mencintai kehidupan dunia yang penuh dengan nikmat yang begitu indah sekali. Nikmat yang Allah kurniakan di dunia ini adalah nikmat yang bersifat sementara sahaja tapi nikmat syurga di akhirat kelak adalah yang bersifat kekal. Tapi oleh kerana manusia itu selalu lupa dan lalai dari mengingati Allah, mereka akan mengejar dunia ini dengan begitu ghairah sekali dan melupakan kehidupan akhirat.

 2) Cinta kepada kehidupan dan lupa kepada kematian
Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Itulah yang sudah pasti berlaku bagi seorang manusia. Namun begitu kematian sering dilupakan oleh manusia kerana kehidupan dunia yang terlalu penuh dengan kenikmatan ini. Mati seolah-olah lambat lagi bagi mereka yang sedang leka dengan kehidupan dunia ini. Meraka menganggap mereka akan hidup selamanya di dunia ini.

3) Cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan
Manusia hari ini berlumba-lumba untuk membina rumah yang besar dan mewah supaya mereka akan selesa tinggal di dalamnya. Tidak salah sebenarnya untuk membina rumah seperti istana sekalipun tapi adakah kita akan selalu mengingati alam kubur yang bakal menjadi tempat tinggal kita selepas mati.

4) Cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan di akhirat
Harta dunia ini  membuatkan manusia selalu berlumba-lumba mengejarnya. Sehinggakan mereka tidak sempat untuk melakukan amal kebajikan kerana terlalu mengejar harta dunia ini. Ini kerana segala apa yang mereka kerjakan di dunia ini akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak. Jika baik amalan di dunia ini maka baiklah kehidupan di akhirat kelak.

5) Cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah
Sudah menjadi fitrah manusia mencintai sesama makhluknya. Contohnya seorang lelaki mencintai wanita yang sememangnya menjadi fitrah seorang manusia. Tapi kadang kala manusia ini terlalu mencintai pasangan yang mereka cintai hingga menyebabkan mereka lupa kepada Allah. Sepatutnya cinta kepada Allah hendaklah melebihi dari segalanya yang ada di dunia ini.


KITA CINTAKAN DUNIA LEBIH DARI AKHIRAT?
 ketahuilah bahawa dunia itu pasti dan pasti akan musnah akhirnya sedangkan akhirat kita kekal abadi selamanya...jadi, kenapa kita masih cintakan sesuatu yg sudah pasti kemusnahannya....fikir2kan.

KITA CINTAKAN KEHIDUPAN HINGGA LUPA KEMATIAN?
ketahuilah bahawa kehidupan kita tidak lama dan perkara yg paling dekat dgn kita ialah mati...jadi, adakah kita sudah bersedia utk menghadapinya? yang itu perlu difikirkan...

KITA CINTAKAN TEMPAT TINGGAL KITA SEKARANG?
ketahuilah bahawa sebesar mana atau semewah mana pun tmpat tinggal kita sekarang, semua itu akan ditinggalkan apabila kita mati...tidakkah kita teringin untuk membina mahligai istana di syurga? fikirkan..

KITA CINTAKAN HARTA KITA?
ketahuilah bahawa harta merupakan asbab kebanyakan dosa...untuk apa kita mencari harta yang banyak padahal ia boleh mendorong kita utk melakukan dosa...fikirkan...




Saturday, January 15, 2011

Ya Rasulullah


Rasulullah, dalam mengenangmu,
kami susuri lembaran sirahmu,
pahit getir perjuanganmu,
membawa cahaya kebenaran,

Engkau taburkan pengorbananmu,
untuk umatmu yg tercinta,
biar terpaksa tempuh derita,
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya,

Tak terjangkau tinggi pekertimu,
tidak tergambar indahnya akhlakmu,
tidak terbalas segala jasamu, 
sesungguhnya engkau Rasul mulia,

Tabahnya hatimu menempuh dugaan,
mengajar erti kesabaran,
menjulang panji kemenangan,
terukir namamu di dalam al-Quran,

Rasulullah, kami umatmu,
walau tak pernah melihat wajahmu,
kami cuba mengingatimu,
dan kami cuba mengamal sunnahmu,

Kami sambung perjuananganmu,
walau kami dicaci dihina,
tapi kami tak pernah kecewa,
Allah dan Rasul sebagai pembela.


Subhanallah....betapa hebatnya Nabi kita Muhammad SAW....kita dapat lihat sendiri betapa cekalnya baginda menempuh segala kesukaran, kesengsaraan walaupun baginda merupakan kekasih Allah SWT. Cuba kita fikirkan kembali, mengapa baginda sanggup bersusah payah menempuh semua ini??? Tidak lain dan tidak bukan semata2 untuk umatnya yang tercinta. Siapa umat Nabi Muhammad SAW?? KITA SEMUA INI lah umat baginda. Betapa sayangnya baginda terhadap kita semua walaupun x pernah bersua, x pernah berjumpa. 

Tapi malangnya pada hari ini, kita semua lupa akan pengorbanan terbesar itu. Cuba kita lihat diri kita hari ini. Siapa kita? Kita ialah orang Islam. Dari mana kita dapat Islam? Adakah dari ibu kita? ayah kita? atau siapa? Jadi, sama2 kita fikir, renung sejenak, jika Nabi Muhammad SAW tidak membuat pengorbanan ini, agak2 Islam akan sampai kpd kita atau x? Alhamdulillah, kita hari ini lahir terus berada dalam agama Islam. Senang2 jer dapat, ada kita minta dgn Allah untuk jadi seorang Islam? xde kan. Tapi berkat usaha Nabi, Islam tersebar dan sampai kepada keluarga kita, datuk nenek kita, ibu bapa kita, dan seterusnya kita. Alhamdulillah...

Cuba kita fikir kata2 ni :

"Saya sayang Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan idola saya."

semua orang akan cakap macam tu. Tapi, sejauh mana kebenarannya? Cuba kita soal diri kita hari ini, bila Nabi Muhammad SAW dilahirkan? apa yang Nabi Muhammad SAW suka? bagaimana cara hidup Nabi Muhammad SAW? dan apa2 saja tentang baginda. Adakah kita boleh jawab dengan tepat? Atau masih perlukan rujukan? Kalau dapat, Alhamdulillah, semoga syafaat Nabi Muhammad SAW bersama kita. Tapi kalau x, ayuh sama2 kita renungkan kembali. Jika hari ini, kita boleh berbicara mengenai seseorang artis, mengapa bila berbicara tentang Nabi Muhammad SAW, seorang insan yang kita semua mengaku yang kita amat kasih dan sayang, kita masih teragak-agak. Oleh itu, marilah kita sama2 membuka minda kita. Semoga Nabi Muhammad SAW nanti mengaku yang kita semua ini merupakan umat baginda SAW...Amin..

Friday, January 14, 2011

Sibukkah kita?

Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.
Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .
Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :
  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang
  • Main facebook, tengok Youtube
  • Dan lain-lain..

Renungkanlah kata-kata ini pula :

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat2 Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat2 Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.
~Al-Imam Ghazali~


Teks ini dipetik dari laman

nukilan Ustaz Nasrudin Hassan


MHZ tertarik dgn petikan ini. Bagaimana kita dapat lihat, fikir kita terhadap agama Allah swt semakin berkurang. Fikir kita telah terkesan dengan perkara2 dunia. Ayuh semua kita renungkan kembali, muhasabah diri kita, untuk kita mengembalikan fikir kita yg sebenar...sama2 kita berdoa kpd Allah, agar kita tidak tergolong dalam golongan yg sebegini...Amin

Tuesday, January 11, 2011

Pengenalan...


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg Maha berkuasa...sebagai permulaan, MHZ ingin membuka kembali minda kita semua untuk kita sama2 berfikir....bagaimana selama ini, minda kita telah diselaputi oleh perkara2 yg melalaikan sehinggakan ia telah menutupi fikiran sebenar kita....jadi, ayuh semua bersama2 MHZ untuk kita buka kembali minda kita....insyaAllah, MHZ akan cuba paparkan informasi2 penting untuk kita sama2 berFIKIR....
insyaAllah...