Monday, May 9, 2011

4 Golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka

Pertama: Ayahnya. Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya Apabila. seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya. Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya. Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...

maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.


Sumber : Blog halawatul Quran  

Thursday, May 5, 2011

Solat diterima Allah


Empat perkara yang harus difikirkan sebelum bersolat supaya solat diterima oleh Allah.
Perkara-perkara disebutkan di bawah ini adalah petikan dari kitab Kuliah Subuh karangan al-Marhum Syed Ahmad Semait. Beliau berkata, Imam al-Murzabani Rahimahullah alaihi membincangkan tentang syarat-syarat solat yang sempurna, perkara tersebut adalah:
01.Hadir hatinya
Sesiapa yang solat dengan masih mempunyai fikiran yang tidak fokus maka mereka adalah penyembah yang lalai.
02.Bersaksi akalnya
Sesiapa yang solat dengan akalnya tidak memerhatikan setiap gerak-geri dalam solat tersebut maka mereka adalah penyembah yang pelupa.
03.Khudu' خضوع (menerima) kepada rukun-rukunnya
Sesiapa yang solat tanpa khudu', atau mengamati dan fokus pada setiap rukun-rukun dan bacaan dalam solatnya, maka orang itu adalah penyembah yang kering.
04.Kusyu' خشوع (menghormati) segala anggotanya
Sesiapa yang solat tanpa khusyu' anggotanya; iaitu setiap dari anggotanya bersolat seiring dengan hati dan fikiran yang redha kepada Allah, maka orang itu adalah penyembah yang salah.
Semoga bersama kita mendapat ganjaran solat-solat yang diterima Allah. Amin.
Wallahu a'lam..

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud, maka akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu" [H.R.Attabrani]

~ sumber : iluvislam.com

Perbezaan yakin dan percaya


Suatu hari, di suatu tempat yang tidak bernama, berlangsunglah satu pertunjukan kemahiran. Tetapi pertunjukan ini amat luar biasa dan menakjubkan sekali. Seorang penembak akan menunjukkan kemahirannya menembak sebiji epal di atas kepala sebuah patung. Selepas membedek beberapa ketika, dia menarik picu pistolnya dan tembakannya tepat mengenai epal tersebut.
Kemudian dia bertanya, "Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?"
Semua orang menjawab, "Ya, kami percaya."
Kemudian dia menutup matanya dengan kain hitam. Untuk memastikan dia benar-benar tidak boleh melihat, kapas diletakkan di atas kelopak matanya terlebih dahulu sebelum diikat dengan kain hitam tersebut. Seperti tadi, sebiji epal diletakkan di atas kepala sebuah patung. Kemudian dia membedek lalu menarik picu pistolnya. Tepat mengenai sasarannya!
Semua yang hadir bertepuk tangan dan memuji-muji kehebatan penembak ini. Dalam pada itu si penembak tadi pun bertanya, "Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?"
Semua orang menjawab, "Ya, kami percaya." Sudah ada yang melontarkan duit ke dalam topi yang memang telah disediakan.
"Baik, sekarang tuan-tuan semakin percaya dengan kebolehan saya, mahukah tuan-tuan jika saya tunjukkan lagi kehebatan saya untuk menambah kepercayaan tuan-tuan?"
Semua orang menjawab, "Mahu!"
"Jika begitu, saya akan meletakkan sebiji epal di atas kepala tuan-tuan. Saya akan menembak epal berkenaan tanpa mencederakan tuan-tuan. Saya jamin tuan-tuan tidak akan cedera. Siapakah yang sudi membantu saya menjayakan pertunjukan ini?"
Senyap. Tiada sesiapa menjawab.
"Tuan-tuan telah melihat kepakaran saya. Saya telah membuktikan kepada tuan-tuan saya boleh menembak dengan tepat walaupun dengan mata yang tertutup. Tuan-tuan juga telah mengatakan tuan-tuan percaya dengan kehebatan saya. Ada sesiapa yang sudi?" tanya penembak itu lagi.
Para penonton tersengih-sengih, tiada seorang pun yang berani tampil ke depan. Akhirnya pertunjukan itu dibatalkan dan tidak pernah sampai ke penyudahnya.
Mengapakah tiada seorang pun yang berani tampil ke hadapan, padahal mereka telah melihat sendiri kehebatan penembak berkenaan melakukan kerjanya? Jawapannya mereka percaya tetapi tidak yakin.
Apakah perbezaan antara percaya dengan yakin? Cuba kita sama-sama fikirkan dan kaitkan dengan kepercayaan dan keyakinan kita pada Sang Pencipta. Adakah kita hanya percaya tetapi tidak yakin, ataukah kita percaya dan yakin? Mari kita sama-sama selidiki diri di manakah kita.

~ sumber : iluvislam.com

Saturday, April 23, 2011

Tamparan seorang Alim


Satu kisah yang mana seorang ateis ( tidak beragama ) bertemu dengan seorang alim lalu bertanya kepadanya 3 soalan. Pertama, dia bertanya adakah benar Allah itu wujud? Kedua, dia bertanya adakah jin dan syaitan turut merasa sakit di dalam api neraka? Bukankan jin dan syaitan diperbuat dari api. Ketiga, dia mempertikaikan berkenaan dengan qada' dan qadar. Setelah mendengar persoalan-persoalan itu tadi, orang alim itu terus menampar pipi orang ateis tersebut. Setelah itu beliau berkata, tamparan aku itu tadi telah menjawab ketiga-tiga soalan kamu tadi...

Lalu orang alim itu bertanya kepada si ateis tadi, adakah kamu rasa sakit apabila aku menampar kamu? Si ateis menjawab Ya. Orang alim itu membalas, adakah kamu dapat melihat rasa sakit itu? Si ateis menjawab Tidak. Kemudian orang alim itu berkata, begitulah perumpamaannya dengan kewujudan Allah. Kita tidak dapat melihat Allah tapi kita boleh merasa kewujudannya. Soalan pertama terjawab.

Untuk soalan kedua, orang alim berkata kepada si ateis, tadi kamu berasa sakit dengan tamparan aku bukan...tangan aku dijadikan daripada tanah dan pipi kamu juga dijadikan dari tanah. Jadi, jika tanah bertemu tanah akan berasa sakit, samalah juga apabila api bertemu api, pasti akan merasa sakit. Soalan kedua terjawab.

Untuk soalan ketiga pula, orang alim tadi bertanya kepada si ateis, adakah kamu tahu atau sedar yang aku akan menampar kamu pada hari ini? Si ateis menjawab, Tidak aku tidak tahu yang kamu akan menampar aku pada hari ini. Lalu orang alim tadi berkata, itulah qada' dan qadar. Segalanya telah tertulis dan ditetapkan oleh Allah swt bahawa aku akan menampar kamu pada hari ini sedangkan kamu sendiri pun tidak tahu akan perkara ini. Soalan ketiga terjawab.

Setelah mendengar jawapan dari orang alim, si ateis tadi telah memeluk islam...Allahuakbar..

Kisah ini MHZ dapat daripada satu ceramah di satu majlis ilmu. Penceritaan di atas ditulis menggunakan ayat MHZ sendiri. Mungkin cara penyampaiannya sedikit berbeza tetapi isi dan mesej yang nak disampaikan insyaAllah sama...semoga kita dapat ambil iktibar dari kisah ini...

Friday, March 11, 2011

Tsunami melanda lagi..


TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. 
Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.
Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini. 
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.


Allahuakbar!! Sekali lagi kita digemparkan dengan tragedi tsunami setelah beberapa tahun tragedi ombak besar ini menggegarkan bumi Acheh. Kali ini Jepun mengalami nasib yang sama...





Subhanallah....


Ayuh semua, kita lihat perkara ini dari sudut yang laen. Bagaimana hari ini, sebuah negara yang hebat dengan teknologi canggihnya, pun tidak mampu menahan aliran air yang digerakkan oleh Allah swt. Maha Kuasa Allah swt....sehebat mana pun kita, sekuat mana pun kita, hebat lagi Allah swt....


Suatu tempat, walau secanggih mana pun ia, seteguh mana pun pertahanannya, tapi disisi Allah ianya tak ubah seperti sarang labah-labah...untuk mendirikannya, mengambil masa bertahun-tahun tapi bila Allah nak hancurkan, x sampai 5 minit....


Kita yang "belum" melaluinya, harus berwaspada...kerana ini adalah amaran dariNya untuk kita jadikan iktibar bersama....

Wednesday, March 9, 2011

Cara Fahami Hadis

Ada terdapat hadis-hadis yang kelihatan aneh, pelik atau bertentangan dengan ukuran akal dan norma-norma agama. Akal yang dimaksudkan di sini ialah fikiran logik manusia biasa sementara norma-norma agama adalah ajaran dasar dan umum agama Islam. Hadis-hadis dalam kategori ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut cara ia difahami. 
Sebenarnya tujuan MHZ post artikel mengenai hadis ini adalah semata2 untuk berkongsi kerana ada yang masih ragu2 dan mempersoalkan sama ada hadis tersebut betul atau tidak. Antara bnyak2, MHZ pilih hadis mengenai ucapan La ilaha illallah. untuk lebih jelas, bolehlah ke laman rasmi sumber ini...MHZ cuma share dari laman tersebut, sebarang kesilapan minta dimaklumkan segera...Wallahualam

Sesiapa akhir ucapannya La ilaha illaLlah akan masuk syurga
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Barangsiapa akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” dia masuk syurga.[1]
Kemusykilan:
Adalah sukar untuk diterima bahawa semata-mata dengan ucapan “La ilaha illalLah” seseorang itu akan masuk syurga. Bukankah di sebalik ucapan tersebut ia wajib diikuti dengan hati yang menetapkannya, lisan yang membenarkannya dan perbuatan yang membuktikannya ? Bagaimana dengan seseorang yang mengucapkan kalimah tersebut tetapi dia mengingkari kewajipan solat, puasa dan pelbagai lagi hukum syari‘at ?
Penjelasannya:
Hadis di atas sebenarnya disabdakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di zaman awal Islam di Kota Makkah. Berkata Ibn Syihab al-Zuhri (124H), seorang tokoh generasi tabi‘ien: Hadis sebegini hanya pada permulaan Islam sebelum turunnya kewajipan-kewajipan dan larangan.[2] Yakni di zaman permulaan Islam di mana belum disyari‘atkan pelbagai ibadah, kewajipan, larangan dan hukuman kecuali sekadar mentauhidkan Allah ‘Azza wa Jalla dan meninggalkan segala amalan syirik yang mereka praktikkan sebelum itu. Pada waktu itu mereka yang baru memeluk Islam diugut dan dipaksa agar meninggalkan Islam dan sesiapa yang enggan – mereka diseksa hingga ke tahap dibunuh dengan kejam. Ketika sedang diugut, diseksa dan sesaat sebelum dibunuh, tiada yang diucapkan oleh mereka kecuali “La ilaha illaLlah” – Tiada Tuhan selain Allah – secara berulang-ulang sehinggalah mereka dibebaskan atau sehingga maut menemui mereka.
Terhadap umat Islam inilah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda: Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” maka dia masuk syurga dan memang benar bagi mereka adalah ganjaran syurga kerana menegakkan ketauhidan Allah ‘Azza wa Jalla sehingga ke akhir hayat mereka. Senada dengan hadis ini adalah firman Allah Subhanahu waTa’ala dalam ayat berikut yang juga diturunkan di Kota Makkah:
 Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atasnya, maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Merekalah ahli Syurga, tetap kekal mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. [al-Ahqaf 46:13-14]
Adapun kedudukan hadis ini pada masa kini, maka berkata para ilmuan bahawa ia tetap sah diperlakukan. Sesiapa sahaja yang mentauhidkan Allah Subhanahu waTa’ala secara yakin dan benar sehingga ke akhir hayatnya, syurgalah balasannya. Mentauhidkan Allah bukanlah sekadar perkataan tetapi adalah disertai hati yang menetapkannya, lisan yang membenarkannya dan perbuatan yang membuktikannya. Seandainya ada dosa-dosa besar, maka mereka akan diazab setimpal dengan kadar dosa masing-masing dan akhirnya tetap akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah Tabaraka waTa’ala.[3]

 

[1]              Sahih: Hadis dari Muadz bin Jabal radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Bazzar, al-Thabarani (al-Mu’jam al-Kabir), al-Baihaqi (Syu‘abu al-Iman) dan al-Hakim, dinukil dan dinilai sahih oleh al-Suyuti dalam al-Jamii’ al-Sagheir – no: 8965 dan dipersetujui sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih al-Jamii’ al-Sagheir – no: 6479. 

[2]              -----: Dikeluarkan oleh Muhammad bin Isa al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, jld 4, ms 449 tanpa isnad. Saya berkata isnad athar ini telah diisyaratkan kedha‘ifan atau ketidak pastiannya memandangkan al-Tirmizi telah mendahuluinya dengan kata-kata: Dan sesungguhnya diriwayatkan dari al-Zuhri.... Qadi Iyadh dalam Ikmal al-Mu’lim bi-Fawa’idi Muslim (Dar al-Wafa’, Kaherah 1998), jld 1, ms 254 berkata bahawa ini adalah juga merupakan pendapat majoriti generasi salaf (yakni mereka yang hidup sebelum tahun 300H), di antaranya ialah Sa‘id ibn Musayab (94H), namun Qadi Iyadh juga tidak mengemukakan isnadnya. Oleh itu status riwayat ini penulis biarkan terbuka sehingga dapat ditemui isnadnya. Perbandingkan juga dengan Syarah Sahih Muslim al-Nawawi (Dar Ihia al-Turath al-Arabi, Beirut 2000), jld 1, ms 63.

[3]              al-Tirmizi – Sunan al-Tirmizi, jld 4, ms 449. Antara sumber bacaan yang disyorkan dalam bab ini ialah buku Muhammad bin ‘Abdul Aziz al-Sulaimani yang berjudul Cara Mudah Memahami Tauhid (terj: Abu Ihsan al-Maidani; Pustaka al-Tibyan, Solo 2000).

Untuk lebih lanjut, sila ke Laman rasmi sumber ini

Friday, March 4, 2011

Ayuh berhijrah

Assalamualaikum...


Kali ni MHZ ingin berkongsi satu perkara yg MHZ rasa bagus untuk kita sama2 fikir. Rasanyer semua tahu pasal laman sosial kan? yg paling popular sekarang Facebook (FB). Laman sosial ni dah jadi satu alternatif baru utk berhubung dan boleh dikatakan semua org ada FB. Seperti yang kita tahu, FB merupakan hasil ciptaan Mark Zuckerberg, seorang yahudi dan merupakan pelajar Havard University. MHZ xnak terang lebih lanjut pasal sejarah FB ni sbb majoriti smua dah tahu.


Namun, kini satu laman sosial ciptaan seorang muslim telah dilancarkan. MillatFacebook (MFB) merupakan laman sosial yang berasal dari Pakistan. Orang Pakistan, yang marah pada Facebook sehubungan dengan karikatur yang mencaci Nabi Muhammad SAW, telah menciptakan laman jejaring pemisahan diri yang mereka impikan dapat menghubungkan 1,6 billion Muslim di seluruh dunia.



Jadi, sebagai seorang muslim, wajarlah kita melihat usaha ini sebagai satu perjuangan. seharusnya kita menyokong usaha saudara kita ini. Walaupun dari segi luarannya MFB mungkin sedikit kurang berbanding FB (MHZ rasakan MFB lebih menarik dgn app yg mnarik), namun, MFB merupakan hasil dari seorang muslim. Kalau sebelum ini, apabila kita disuruh untuk meninggalkan FB, ramai yg jawab tak boleh kerana FB senang untuk berhubung. Tapi sekarang, alasan itu telah ditutup oleh MFB. Jadi ayuh, kita sama2 berhijrah ke MFB dan tutup akaun FB...


Sama2 lah kita cuba sikit2 untuk transfer maklumat2 kita ke MFB. Ajak kawan2 kita untuk join MFB dan connect balik. Mmg agak susah sbb macam2 kita da add kat FB kita tu kan. Tapi itulah macam yg MHZ cakapkan, sikit2 la kita transfer lepas tu ramai2 kita tutup akaun FB...insyaAllah..
Apa yang menariknya laman MFB ni, mana2 je tekan page, pasti akan ada kalimah-kalimah mengenai islam, secara tak langsung kita ingat pada Allah...
ini yang special yang xde kat FB