Saturday, April 23, 2011

Tamparan seorang Alim


Satu kisah yang mana seorang ateis ( tidak beragama ) bertemu dengan seorang alim lalu bertanya kepadanya 3 soalan. Pertama, dia bertanya adakah benar Allah itu wujud? Kedua, dia bertanya adakah jin dan syaitan turut merasa sakit di dalam api neraka? Bukankan jin dan syaitan diperbuat dari api. Ketiga, dia mempertikaikan berkenaan dengan qada' dan qadar. Setelah mendengar persoalan-persoalan itu tadi, orang alim itu terus menampar pipi orang ateis tersebut. Setelah itu beliau berkata, tamparan aku itu tadi telah menjawab ketiga-tiga soalan kamu tadi...

Lalu orang alim itu bertanya kepada si ateis tadi, adakah kamu rasa sakit apabila aku menampar kamu? Si ateis menjawab Ya. Orang alim itu membalas, adakah kamu dapat melihat rasa sakit itu? Si ateis menjawab Tidak. Kemudian orang alim itu berkata, begitulah perumpamaannya dengan kewujudan Allah. Kita tidak dapat melihat Allah tapi kita boleh merasa kewujudannya. Soalan pertama terjawab.

Untuk soalan kedua, orang alim berkata kepada si ateis, tadi kamu berasa sakit dengan tamparan aku bukan...tangan aku dijadikan daripada tanah dan pipi kamu juga dijadikan dari tanah. Jadi, jika tanah bertemu tanah akan berasa sakit, samalah juga apabila api bertemu api, pasti akan merasa sakit. Soalan kedua terjawab.

Untuk soalan ketiga pula, orang alim tadi bertanya kepada si ateis, adakah kamu tahu atau sedar yang aku akan menampar kamu pada hari ini? Si ateis menjawab, Tidak aku tidak tahu yang kamu akan menampar aku pada hari ini. Lalu orang alim tadi berkata, itulah qada' dan qadar. Segalanya telah tertulis dan ditetapkan oleh Allah swt bahawa aku akan menampar kamu pada hari ini sedangkan kamu sendiri pun tidak tahu akan perkara ini. Soalan ketiga terjawab.

Setelah mendengar jawapan dari orang alim, si ateis tadi telah memeluk islam...Allahuakbar..

Kisah ini MHZ dapat daripada satu ceramah di satu majlis ilmu. Penceritaan di atas ditulis menggunakan ayat MHZ sendiri. Mungkin cara penyampaiannya sedikit berbeza tetapi isi dan mesej yang nak disampaikan insyaAllah sama...semoga kita dapat ambil iktibar dari kisah ini...